Sunday, 4 October 2020

PETUA MUDAH HAMIL - 10 Cara Terbaik Mudah Hamil Yang Berkesan

PETUA MUDAH HAMIL - 10 Cara Terbaik Mudah Hamil Yang Berkesan. Boleh Cuba Sekarang!


Anda boleh cuba 10 petua ini untuk mudah hamil dengan segera. Selamat mencuba dan jangan putus asa ya !

Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk mendapatkan zuriat pertama? Ada pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin, tetapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Pendek kata bukan semua pasangan bertuah untuk bunting pelamin selepas berkahwin. Oleh itu, apakah tips cepat hamil yang berkesan untuk mereka?

Mendapatkan zuriat bukan mudah seperti yang disangka. Jangan diingat hari ini berkahwin, esok terus dapat anak ya. Setiap orang lain fisiologi nya. Setiap orang juga lain rezeki dan ikhtiarnya.

Apakah tips yang berkesan untuk mudah hamil?

1.       1. KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA

Kalendar Kitaran Haid


Waktu subur memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan kehamilan seseorang samada  berjaya atau pun tidak. Anda perlu mengetahui waktu subur anda dengan tepat. Hal ini kerana peratusan wanita untuk hamil adalah lebih tinggi jika melakukan seks pada waktu subur. 

Terdapat pelbagai cara untuk menentukan waktu subur anda. Antara cara yang popular ialah:

Kepekatan lendiran serviks 

Secara ringkasnya lendiran serviks ialah cecair yang dirembeskan oleh serviks. Pengeluaran lendiran ini disebabkan rangsangan oleh hormone estrogen. Sepanjang kitaran haid anda, jumlah dan kualiti lendiran dari serviks yang dihasilkan adalah berubah-ubah. Dengan memerhati perubahan ini, anda boleh meramalkan hari yang paling subur dalam kitaran haid anda. Apabila menghampiri tempoh ovulasi, paras estrogen akan meningkat. Ini menyebabkan  lendiran serviks yang dirembeskan oleh leher rahim menjadi lebih banyak dan ianya disebut “kualiti subur”. Lendir serviks yang subur ini sangat berkualiti dan dikenali lender serviks putih telur (EWCM), kelihatan lebih jelas dan licin, mirip dengan konsistensi putih telur. Ia merupakan medium perlindungan yang sempurna bagi sperma dari segi tekstur dan PH.

Kepekatan Lendiran Serviks

Kaedah kalender 

Waktu subur wanita ialah pada hari ovulasi itu terjadi iaitu telur (ovum) telah dirangsang untuk keluar dari sarangnya. Kiraan yang lebih tepat ialah lebih kurang 14hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya. Andaikata tempoh haid anda adalah 28 hari, makanya waktu subur anda ialah;

28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.

32 hari – 14 hari= 18 hari. Hari ke 18 adalah waktu paling subur.

35 hari – 14 hari =21 hari. Hari ke 21 adalah waktu paling subur

Sekarang ini terdapat pelbagai apps kesuburan yang boleh dimuat turun pada telefon bimbit  untuk mengira hari subur anda.


Kitaran haid dikira pada hari pertama anda didatangi haid sehingga hari pertama tempoh didatangi haid yang berikutnya

 

Kit ovulasi 

      Menggunakan kit ovulasi (OPK) dalam menentukan hari ovulasi adalah cara yang paling tepat. OPK akan memberikan peringatan awal jika telur akan dilepaskan, maka anda boleh merancang hubungan intim anda. OPK bertindak dengan mengesan peningkatan hormone peluteinan (hormone luteinizing) dalam air kencing yang biasanya terjadi 36 hingga 48 jam sebelum anda melepaskan telur (ovum). Cara menguji kit ovulasi ialah seperti menguji kit kehamilan.

 

Kit ovulasi (OPK) untuk menentukan masa subur

2.       MAKAN ACID FOLIC

Setiap wanita yang merancang untuk hamil perlulah mengambil asid folik 3 bulan sebelum sebagai persediaan kehamilan. Asid folik sangat penting untuk perkembangan janin di dalam kandungan. Kekurangan asid folik semasa kehamilan boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan seumur hidup yang dipanggil spina bifida. Asid folik boleh didapati dari farmasi atau klinik kerajaan.

 Asid folik diambil 3 bulan sebelum sebagai persediaan kehamilan


3.       AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Jika anda seorang perokok, pastikan anda tahu gaya hidup bukan saja boleh memudaratkan kesihatan & kecergasan anda malah boleh menyebabkan kualiti sperma anda berkurangan. Bagi wanita pula, dengan merokok anda boleh menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat. Alkohol pula sangat cepat beri kesan negatif seperti keguguran. Elakkan.

Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah beritahu, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan & akan ambil masa yang lama untuk hamil. Say NO to ROKOK and ALKOHOL


 Jauhi rokok dan alkohol

 

   4.      POSISI BARING SELEPAS BERSAMA

Position ini agak sangat penting jugak, ramai yang 'bersama' position yang biasa. Sebenarnya ada dua position yang sangat betul dimana sangat direkomen dari yang pakar. Posisi mana suami patut ada dan posisi mana isteri patut ada ketika bersama.

- Masa bersama pastikan bersama di posisi bawah dan suami di atas. Ia bertujuan supaya pancutan sperma terus ke destinasinya.

- Sesudah moment itu isteri jangan bergerak & jangan sesekali bangun sebaliknya angkat kaki ke atas dalam 10 saat dan tidur. Anda disaran bangun untuk ke tandas keesokannya bagi mengelak sperma terkeluar.

- Sambil-sambil tu berdoalah kepada Allah s.w.t agar hubungan bersama ini akan memberi good news buat anda dan semoga janin yang terbentuk ini soleh dan solehah.


 

5.       POSISI SEMASA BERSAMA

Posisi seks yang betul adalah sangat penting bagi memastikan sperma dapat berenang menuju ke ovum. Hal ini sangat penting untuk memastikan isteri anda cepat mengandung. Posisi apa yang sepatutnya dilakukan? Selamat mencuba!

 

6.        KURANGKAN BERAT BADAN

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan petua ini. Ada orang yang berbadan besar pun boleh hamil tanpa perlukan apa-apa supplement. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salahnya mencuba untuk menurunkan berat badan.

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, overweight atau obese, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Hal ini kanan menyebabkan banyak komplikasi yang bakal berlaku sekiranya mengandung satu hari nanti seperti High Blood Pressure dan Diabetes. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap obesity.

Berat badan ideal meningkatkan peluang untuk hamil

7.     KERAP BERSAMA

Nikmati hubungan intim suami isteri. Sudah halal kan? Apa yang nak dimalukan? Abaikan rasa sifat malu “meminta”. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan sexual anda, jangan sekadar untuk mendapatkan anak sahaja!

8.       JAGA PEMAKANAN DAN DIET

Diet bukan lah bererti anda tidak makan langsung, Cuma anda perlulah pastikan yang anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat. Pemakanan sihat seperti meminum susu, memakan ikan, telur dan daging serta pengambilan supplement setiap hari bukan sahaja penting untuk kecergasan anda malahan kesihatan rahim juga bergantung kepada pemakanan kita.  Yang paling penting, BMI anda perlulah normal.

Kawal kenaikan berat badan dengan pengambilan makanan yang sihat

9.   PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Ketahui lah anda bahawa sel sel sperma dan ovum memerlukan vitamin dan mineral untuk melindungi sel nya agar tidak mudah rosak, memastikan sel nya sihat serta memastikan persenyawaan mudah berlaku dengan sempurna.

Antara supplement yang baik untuk diamalkan adalah multivitamin, vitamin E dan asid folic. Tidak kisahlah jenama apa pun yang anda mahukan , tetapi semestinya supplement shaklee adalah yang terbaik kerana ianya terbukti 100% natural, terbukti berkesan dan diluluskan oleh KKM. Sila klik supplement untuk kesuburan untuk mengetahui supplement yang dapat membantu mengatasi masalah kesuburan anda.

 

Set kesuburan shaklee sesuai untuk lelaki dan wanita 


  10.  TIDAK PUTUS BERDOA

Kita sebagai orang islam perlulah percaya bahawa rezeki anak itu atas izin dan rahmat Allah.

PERCAYALAH, Allah suka hambanya merayu kepadanya. Jangan malu meminta kepada ALLAH. Berdoalah setiap kali selesai solat 5 waktu. Di samping itu, tidak salah kan jika bangun untuk solat tahajud dan solat hajat pada waktu malam dan bersungguh-sungguh meminta kepadanya. Allah sentiasa melihat kita. Insya ALLAH, DIA akan mempermudahkan urusan kita.

Doa yang bagus untuk diamalkan oleh mereka yang berikhtiar untuk hamil

 

Ujian kehamilan masih lagi negatif? Jangan berputus asa, cuba lagi bulan depan OK!  😃 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Sijil HALAL Shaklee 2020

  Sijil HALAL Shaklee 2020 Sijil HALAL Shaklee 2020